Thursday, September 2, 2010

SATELIT TEMPATAN

MEASAT-1

Dilancarkan pada 13 Januari 1996 di Kourou, French Guaiana.  Ianya menyediakan aplikasi khas iaitu perkhidmatan 'terus ke rumah' dalam iklim hujan dan tropika serta isyarat tinggi untuk memancarkan program televisyen di negara ini, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.


MEASAT-2

Dilancarkan pada 13 November tahun yang sama di Kourou, French Guianan. Kesinambungan kepada siri gemilang negara dalam dunia komunikasi satelit.   Seperti juga MEASAT-1, MEASAT-2 merupakan sistem satelit komunikasi dua pesawat putar distabil berkuasa tinggi HS376 yang dibina oleh syarikat Hughes Space and Communications Inc. dari Amerika Syarikat.  Perkhidmatannya memberi kesan dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi, maklumat dan pembaharuan kepada industri hiburan.









TiungSAT-1







Dilancarkan pada 26 September 2000.  Pemantauan TiungSAT-1 dari stesen bumi di negara ini, dijalankan sepasukan empat jurutera dari stesen bumi yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.  Mampu merakamkan imej muka bumi menggunakan empat kamera pelbagai guna dengan resolusi 80 meter.




MEASAT-3







Dilancarkan 12 Disember 2006 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.  Direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial.






RazakSat


Dijadualkan dilancarkan antara 31 Ogos hingga 16 September 2008 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.  Pusat Angkasa Negara akan berfungsi sebagai stesen bumi yang akan menerima data satelit berkenaan selepas ia berada di angkasa lepas.

RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan.  Ia mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter.
Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin.
RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO).



Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1.
Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori.


Sumber:- LINK





No comments:

Post a Comment