Friday, September 3, 2010

BENGKOK KONDUIT (Amali)


Dalam proses pemasangan pendawaian telefon,,konduit merupakan salah satu perkara yang perlu dibuat.Konduit merupakan satu langkah awal dalam proses pendawaian di rumah.Anda dikehendaki membuat pembengkokkan konduit berdasarkan arahan yang diberi serta mengikuti langkah –langkah kerja dengan satu persatu dan jangan abaikan peraturan keselamatan.






Alat, Kelengkapan dan Bahan :

1. Konduit
2. Spring pembengkokkan
3. Gergaji
4. Pembaris atau pita pengukur
5. Pensel





KESELAMATAN
  1. Jangan bergurau senda ketika menggunakan peralatan tangan yang tajam.
  2. Pastikan mengikut peraturan –peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Berhati – hati semasa penggunaan spring pembengkok.Gunakan teknik yang betul.
  4. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan amali yang dilakukan

LANGKAH KERJA (MEMOTONG)
  1. Kenalpasti ukuran yang hendak digunakan iaitu 600mm
  2. Ukur dengan menggunakan pita pengukur atau pembaris dengan ukuran 600mm
  3. Potong konduit selepas mendapat ukuran dengan menggunakan gergaji PVC 
  4. Bersihkan potongan

LANGKAH KERJA (BENGKOK)



  1. Untuk membengkokkan konduit,ukur dan tandakan pada tengah konduit iaitu ukuran 300mm.
  2. Pegang pada kedua-dua hujung konduit dan letakkan pada lutut
  3. Sedia untuk membengkok konduit.Pastikan atas lutut dikenakan pada ukuran tengah yang di tanda
  4. Keluarkan spring selepas dibengkok
  5. Jangan keluarkan spring selagi konduit tidak membengkok dengan betul.
  6. Untuk mendapatkan sudut yang tepat,ukur pada sesiku 'L'

      No comments:

      Post a Comment