Saya pasti ramai di antara kita yang tidak tahu apa benda-benda yang digunakan sebenarnya. Secara mata kasar kita nampak wayar pengalir dan tiang sahaja bukan? Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang digunakan. Agak sukar juga bagi jurutera baru sepertiku ini untuk mengingati semuanya. Di sini saya hanya senaraikan alat-alatnya sahaja, fungsi tidak dinyatakan. Kalau nak tahu kena masuk kelas la nampaknya. Sukar sekali untuk diterangkan satu persatu.
Ok, untuk mudah faham, di Semenanjung, kita ada dua jenis wayar yakni yang bertebat dan tidak bertebat. Yang bertebat ini yang warna hitam, tak bertebat warna kelabu. Dari segi keselamatan, yang bertebat lebih baik dari yang tak bertebat.
Keratan rentas pengalir bertebat
Gambarajah talian atas yang sebenar
Keselamatan Elektrik
Untuk keselamatan semua, diharapkan jangan bermain-main dengan pepasangan elektrik terutamanya di waktu hujan. Takut silap haribulan terkena flashover, terbakar kulit atau mati. Dari segi teknikal, memang langkah keselamatan memang sudah di ambil, tetapi malang siapa yang tahu. Kalau ternampak wayar atau tiang yang terputus, terjatuh dan rosak laporkan segera kepada pihak yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment