Friday, September 3, 2010

BENGKOK KONDUIT (Amali)


Dalam proses pemasangan pendawaian telefon,,konduit merupakan salah satu perkara yang perlu dibuat.Konduit merupakan satu langkah awal dalam proses pendawaian di rumah.Anda dikehendaki membuat pembengkokkan konduit berdasarkan arahan yang diberi serta mengikuti langkah –langkah kerja dengan satu persatu dan jangan abaikan peraturan keselamatan.




Thursday, September 2, 2010

SATELIT TEMPATAN

MEASAT-1

Dilancarkan pada 13 Januari 1996 di Kourou, French Guaiana.  Ianya menyediakan aplikasi khas iaitu perkhidmatan 'terus ke rumah' dalam iklim hujan dan tropika serta isyarat tinggi untuk memancarkan program televisyen di negara ini, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.


MEASAT-2

Dilancarkan pada 13 November tahun yang sama di Kourou, French Guianan. Kesinambungan kepada siri gemilang negara dalam dunia komunikasi satelit.   Seperti juga MEASAT-1, MEASAT-2 merupakan sistem satelit komunikasi dua pesawat putar distabil berkuasa tinggi HS376 yang dibina oleh syarikat Hughes Space and Communications Inc. dari Amerika Syarikat.  Perkhidmatannya memberi kesan dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi, maklumat dan pembaharuan kepada industri hiburan.







SATELIT

Apa itu satelit?





Mengikut ilmu astronomisatelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.
Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.



MENGENALI TENTANG TALIAN ATAS

Mari mengenal alat-alat pepasangan bagi talian atas voltan rendah. In english - Low Voltage Overhead Lines. Saya pasti anda pasti biasa melihat talian elektrik di kawasan perumahan dan di tepi-tepi jalan. Kalau di kawasan bandar baru atau juga di KL ni mungkin anda kurang peluang untuk melihatnya kerana sudah banyak talian tersebut digantikan dengan kabel elektrik bawah tanah.

Saya pasti ramai di antara kita yang tidak tahu apa benda-benda yang digunakan sebenarnya. Secara mata kasar kita nampak wayar pengalir dan tiang sahaja bukan? Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang digunakan. Agak sukar juga bagi jurutera baru sepertiku ini untuk mengingati semuanya. Di sini saya hanya senaraikan alat-alatnya sahaja, fungsi tidak dinyatakan. Kalau nak tahu kena masuk kelas la nampaknya. Sukar sekali untuk diterangkan satu persatu.


Sunday, August 29, 2010

TELEKOMUNIKASI

Orang selalu tanya apa itu "TELEKOMUNIKASI"...belajar -balajar tapi tidak tahu 


apa makna sebenar..Mari kita lihat disebalik perkataan telekomunikasi..
Telekomunikasi terdiri dari dua kata. “Tele” dan “komunikasi”. “Tele” bererti jauh dan “komunikasi” bererti perhubungan atau saling tukar informasi antara dua pihak. Jadi telekomunikasi boleh diertikan pertukaran informasi antara dua pihak, pihak pengirim dan pihak penerima,

Friday, August 27, 2010

Berakhir satu episod

Fuhhh...lega rasanya bler da lepas satu perkara yang di nantikan...lesson practice 1 da lepas...lega sangat2...tapi tak tahu la lulus atau tak yang penting da wat yang terbaik...tul tak?..skarang  tunggu masa untuk LP 2 plak...